Rabu, 14 Jun 2017

Tak Kenal Maka Tak Cinta





Pepatah Melayu ada menyebut - "Tak kenal maka tak Cinta". Ungkapan ini antara lain membawa maksud jika kita tidak kenal dengan seseorang bagaimana mungkin kita dapat menzahirkan perasaan cinta terhadapnya.


Pepatah ini dipilih kerana situasi ini mungkin dialami oleh sesiapa sahaja. Kebanyakan dari kita suka membuat kesimpulan awal walaupun tidak mengetahui sesuatu dengan lengkap dan teliti, contohnya persepsi kita terhadap seseorang.


Apabila kita melihat seseorang yang berwajah serius dan agak sukar untuk mengukir senyuman di bibir, mesti kita beranggapan bahawa beliau seorang yang sombong dan sukar didekati. Namun begitu, setelah kita mengenali dan berbual dengannya, tekaan awal kita tidak tepat sama sekali.


Oleh itu, adalah tidak wajar jika kita menilai sesuatu hanya dengan melihat luaran tanpa mengenalinya terlebih dahulu. 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pengedar Shaklee Putrajaya

Mood Lagu Raya

PULANGLAH-AISYAH (Sayang.. Di hari yang mulia ini.. Ku pohon keampunan.. Hanya satu yang ku pinta... Pulanglah)....................

 
Copyright © 2017 Sihat Anggun Vita. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.