Selasa, 13 Jun 2017

Cara mengecilkan pori di wajah

Tips Kecilkan Pori

Wanita dan kecantikan memang tidak dapat dipisahkan. Semua wanita mengimpikan kulit wajah yang bersih, cerah putih dan licin. Kehadiran liang pori yang terbuka akan menyebabkan kulit muka lebih tua dan kusam serta tidak bermaya. Biasanya, kulit yang berminyak, tekanan, genetik dan penjagaan kulit yang tidak sihat boleh menyumbang kepada faktor-faktor utama menyebabkan liang pori terbuka dan kelihatan lebih besar. Di sini saya kongsikan beberapa tips untuk masalah pori anda.


Putih Telur
Ambil sebiji telur dan asingkan telur putih dan kuning. Ambil telur putih yang telah diasingkan dan sapukan pada wajah. Biarkan selama 30 minit dan bilas dengan menggunakan air sejuk. Anda juga boleh menggunakan telur putih sebagai topeng muka dengan mencampurkan putih telur dan tepung beras atau bersama oat dan dua sudu teh jus lemon. Cuba langkah ini dua kali seminggu. Telur putih juga sesuai untuk liang kulit yang tersumbat dan dapat mengelakkan kehadiran jerawat di muka.

 
Ais 
Langkah paling ringkas dan mudah untuk mengatasi kulit wajah yang mempunyai liang pori yang besar ini. Caranya mudah sahaja. Ambil kiub ais dan balutkan dengan menggunakan kain. Kemudian, gosokkan kain tadi di sekeliling wajah. Lakukan pada setiap malam sebelum tidur. Kesannya dapat dilihat dalam masa 1-2 minggu. Ia juga membantu menghaluskan kulit muka.
 

Lemon
Lemon mengandungi astringen, iaitu sejenis zat yang mampu mengecutkan liang pori yang terbuka. Selain membantu mengecilkan liang pori, ia juga membantu menegangkan kulit muka. Malah, lemon juga membantu mengatasi masalah bintik-bintik hitam pada wajah. Ambil sebiji buah lemon yang telah dikisar atau yang telah dihiris, kemudian sapukan pada muka anda. Biarkan selama 20 minit kemudian bilas menggunakan air sejuk.
 

Lidah Buaya
Lidah buaya juga mampu mengecilkan liang pori yang terbuka. Ambil isi lidah buaya dan sapukan pada wajah selama lebih kurang 20 minit. Lidah buaya mambantu membersihkan dan menyuburkan kulit serta membuang minyak dan kotoran daripada liang-liang yang tersumbat.

 
Jus Timun
Timun sering digunakan sebagai salah satu bahan dalam kecantikan kerana khasiatnya yang pelbagai. Timun juga membantu mengecilkan liang pori di wajah. Campurkan jus timun dengan tepung jagung untuk dijadikan sebagai topeng muka. Sapukan di sekeliling muka, lebih-lebih lagi di liang pori yang terbuka selama 15 minit, kemudian bilas bersih menggunakan air sejuk. Topeng timun ini bukan sahaja dapat merawat liang pori, malahan membantu mencantikkan lagi tekstur kulit wajah anda.


Jika anda rasa tidak mempunya ruang waktu untuk membuat tips-tips tersebut, jangan risau, Shaklee kan ada. Kesihatan luaran bergantung daripada kesihatan dalaman dan pemakanan harian kita. Jika kita jaga pemakanan dan tubuh mendapat nutrisi yang cukup,InsyaAllah masalah tersebut boleh diatasi. Di antara produk Shaklee yang bagus untuk masalah pori dan kesihatan kulit adalah:
  • Collagen Powder Shaklee 
    Menganjalkan kulit seterusnya mengecilkan pori pori yang besar

  • Vitamin C Plus Shaklee 
    Menggalakkan penghasilan kolagen. Vitamin C bekerja bersama-sama kolagen bagi menghasilan kulit yang anjal dan bebas kedutan. Tanpanya, penghasilan kolagen akan terhenti.

  • Vitamin E Complex Shaklee 
    Vitamin E menjaga keelastikan kulit dan melindungi kulit daripada radikal bebas. Pengambilan yang konsisten mampu menghasilkan kulit tanpa pori pori besar.

  • ESP Shaklee 
    Diperlukan untuk membina dan membaikpulih sel tisu pada kulit dan tubuh badan kita. sel tisu yang sihat akan menghasilkan kulit yang sihat.

    Anda mengalami  Masalah Pori

    Hubungi saya (ZIZI aka Kak Zizi) untuk konsultasi percuma dan info berkenaan Produk Shaklee WhatsApp 016-7550501.
    Untuk pembelian terus boleh klik pautan di bawah

    https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=0d04a410cb006735283e619ddc4e232c
     Marilah kita bersama-sama membanteras masalah pori di wajah dengan produk Shaklee yang dijamin selamat, semulajadi dan berkesan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pengedar Shaklee Putrajaya

Mood Lagu Raya

PULANGLAH-AISYAH (Sayang.. Di hari yang mulia ini.. Ku pohon keampunan.. Hanya satu yang ku pinta... Pulanglah)....................

 
Copyright © 2017 Sihat Anggun Vita. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.